Thursday, December 29, 2016

Permulaan Trading secara "part-time"

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. 1M4U, 1MDB, MO1, F1


FOREX.
Ape itu FOREX?
Mengapa trade FOREX?
Perlu modal ke?
Berapa?
Boleh untung ke?
Macam mana nak trade?
Nak belaja dgn siapa?

Inilah persoalan2 terawal ketika ingin menceburi dunia FOREX.

Jadi apakah jawapan kepada soalan2 tersebut?

Ape itu FOREX?
FOREX adalah singkatan kepada FOReign EXchange, iaitu kadar pertukaran matawang.
Jadi, Forex adalah perniagaan perdagangan matawang besar dunia yang aktif, mencapai trilion usd setiap hari.
Matawang terbahagi kepada Major Pair, Minor Pair dan Cross Pair. Jika perlu ;ebih penerangan, sila google, rujuk babypips.com atau boleh pm sy.

Mengapa trade FOREX?
Cara terbaik untuk mendapatkan side income bagi pekerja office, boleh menggunakan laptop, tab atau smartphone, ada masa untuk belajar dan tidak melibatkan org lain ketika proses trading.


Perlu modal ke?
Sangat perlu. Making money perlu invest money.


Berapa?
Secukup rasa, sesedap poket.


Boleh untung ke?
Boleh untung jika betul teknik, analisis, money management dan emosi. Emosi amat memainkan peranan. Kenapa? Trade dulu baru tau.
Realitinya, hanya 5% trader berjaya untung dengan konsisten. Manakala 95% tewas atau senantiasa MC, atau balik modal.

Macam mana nak trade?
Belajar + Pengalaman. Makin byk pengalaman, makin byk teknik diharungi, baru kita akan kenal diri, keselesaan teknik dan ketenangan ketika trade.


Nak belaja dgn siapa?
Belajar dgn Google dahulu, atau khatamkan website babypips.com, then boleh asah knowledge dgn skill2 dr sifu di luar sana. Mulakan trade dgn DEMO account utk dapatkan rentak.


Tahun Pertama menjelajahi Forex 2016
Mar2016 - Awal mengenal FOREX dan trading, tanpa trade DEMO acc, terus real acc. Belum sempat withdraw, dah MC (Margin Call- Means loss sume duit trade laaa).

Apr2016 - Sept2016 - Mencari2 teknik. Dengan kawan2 terdekat. Tetapi ilmu x dapat, rugi yang dapat.

Oct2016 - Member lama (paan, abet -bukan nama sebenar) ajak g belajar trade dgn Sifu, free je, sbb sifu nak tolong.
Alhamdulillah teknik tu boleh digunapakai, tetapi, aku kalah dengan emosi dan kelemahan MM.

Dec2016- Dah lama x trade, ingin mula kembali untuk sesi 2017 tahun hadapan, sebagai tahun ke2 menceburi bidang Forex. Kerugian tahun pertama? x boleh diungkap dengan kata2. rasa2 boleh buat deposit rumah teres 2 tingkat.

Apepun, Forex masih lagi platform terbaik bagi aku as side income kerana dah menemui teknik yg sesuai. Moga Tahun 2017 lebih baik dari tahun 2016, inshaAllah.